PERTANDINGAN
Pertandingan ikan laga hiasan di Malaysia
Kaedah kawaseliaan pertandingan di satu satu kawasan adalah perlu untuk memastikan jadual pertandingan ikan laga hiasan tidak bertembung. Seperti mana yang pernah berlaku, pertembungan pertandingan di satu satu kawasan dan mempunyai 2-3 pertandingan yang menyebabkan kekeliruan peserta dan merugikan penganjur itu sendiri.
Atas sebab itu, pihak persatuan menetapkan pecahan 5 Kawasan seliaan dikenali sebagai sektor. Pada satu satu masa, Cuma satu pertandingan sahaja dibenarkan untuk satu satu sektor. Ini akan memudahkan penganjur dan peserta tempatan untuk memberi tumpuan kepada pertandingan di kawasan sendiri.
Pihak persatuan telah memecahkan Kawasan seliaan pertandingan ikan laga hiasan kepada 6 kawasan kawalan di bawah moderator persatuan.
Sektor 1: Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak
Sektor 2: Kelantan, Terengganu dan Pahang
Sektor 3: Johor dan Melaka
Sektor 4: KL, Selangor dan Negeri Sembilan
Sektor 5: Sabah
Sektor 6: Sarawak
Penganjur pertandingan
Pemilihan Tarikh perlu dibincang Bersama moderator kawasan
Pemilihan juri perlu dibincang Bersama Biro penjurian
Pendaftaran Tarikh pertandingan secara rasmi dan di hebahkan kepada semua ahli persatuan
Penganjur yang ingin mendaftar ke dalam jadual pertandingan yang dikawalselia MBFA, perlulah mengisi
borang pendaftaran pentandingan dengan lengkap dan juga perlulah melengkapkan “classlist” pertandingan.
Setelah lengkap, pihak persatuan akan memasukkan tarikh berkenaan ke dalam jadual yang ada di “Fan Page FB”
persatuan:
https://www.facebook.com/MBFA.MalaysiaBettaFishAssociation/