Loading the content... Loading depends on your connection speed!

AKTIVITI-AKTIVITI

Pertandingan ikan laga hiasan di Malaysia

Pihak persatuan pada awal penubuhan telahpun menyedari akan kepentingan pertandingan di dalam industry ikan laga hiasan supaya paras harga jualan ikan dapat ditingkatkan.

Melalui ini, akan dapat membantu penternak penternak ikan laga hiasan untuk kekal menerima tempahan ikan sepanjang tahun. Ini adalah untuk merealisasikan objektif persatuan.

Menaik taraf status penternak ikan laga hiasan

Dengan ini, penternak tidak perlu risau akan promosi penjualan ikan laga hiasan dan akan mendapat tempahan sepanjang tahun.

Pengkelasan jenis jenis ikan laga hiasan di Malaysia

Pihak persatuan juga mendapati, longgokan ikan laga hiasan yang pelbagai jenis perlu dikelaskan dan diberi pengiktirafan. Pertandingan ikan laga hiasan diadakan perlulah di kawalselia supaya tiada kekeliruan atas genetic dan corak hiasan ikan berkenaan. Oleh yang demikian, pihak persatuan telah menetapkan garis panduan ikan laga hiasan di dalam pertandingan ikan secara menyeluruh. Specifikasi berkenaan dikenali sebagai MBS ( Malaysia Betta Standard). Di dalam pengkelasan berkenaan, susun atur genetic dan corak ikan laga hiasan diberi standard tertentu. Ini juga adalah untuk merealisasikan ojektif persatuan.

Menaik taraf ikan laga hiasan di peringkat kebangsaan

Pihak persatuan juga ada mengadakan seminar atas initiative sendiri dan mengetengahkan spesifikasi ikan laga hiasan yang ada di Malaysia